Rabu, 13 Februari 2013

Aku dan Dia




Assalamualaikum .. ♥



Sebuah kenangan antara aku dan si dia terukir indah dalam ingatanku .. betapa aku terasa ianya bagaikan mimpi yang hadir dalam tidurku sekejap cuma .. ada perasaan gembira bila mendengar khabar bahwa dia akan pulang ke kampung hanya untuk menemuiku .. walaupun hanya dapat berjumpa sekali saja , aku berasa sangat gembira kerana rasa rinduku telah terubat .. namun , airmataku tumpah jua akhirnya membasahi pipiku bila kami harus mengakhiri pertemuan sekejap itu .. betapa sebaknya hatiku  pada saat itu , dia pun begitu .. aku memandang wajahnya yang kemerah-merahan menahan sebak di dada .. dia berkata padaku " Jaga diri , kesihatan dan juga hatimu untukku , aku juga akan jaga hatiku untukmu seorang .. "



Aku hanya mampu tersenyum sambil airmataku mengalir .. setelah selesai solat asar , aku dan dia pun mengucapkan selamat tinggal dan saling memberi kata nasihat sebelum mengakhiri pertemuan singkat itu .. akhirnya kami berjalan menuju ke arah yang bertentangan .. airmataku tidak mampu kutahan .. dan ada sekali aku menoleh ke belakang dan aku melihatnya berdiri dan tidak berganjak dari tempat tadi sambil memerhatikanku sehingga kelibatku hilang dari pandangannya ..



Aku yakin bahwa aku tidak layak untuknya kerana jurang antara aku dan dia kian besar dan aku juga sedar bahwa aku tidak layak untuknya sekarang .. dia mampu mencari wanita yang lebih baik daripadaku .. aku hanya mampu  memohon padaNYA agar dikuatkan hatiku untuk bersamanya jika memang dia yang ditakdirkan untuk menjadi pasanganku di dunia dan diakhirat .. Aamiin 



Aku sayangkan dia dan perhubungan kami yang hampir genap 2 tahun .. namun aku tidak ingin terlalu berharap dapat bersamanya  kerana jodoh itu ditentukan olehNYA .. maka aku hanya mampu berdoa agar diberikan jodoh yang terbaik buatku .. Aamiin 




Sayangku hanya untuk DIRIMU ,
Kasihku hanya untuk SUAMIKU ,
Cintaku hanya untuk ILLAHI .





jangan lupa tinggalkan komen dax comel tau..(^_~)v