Rabu, 18 Januari 2012

selamat tinggal...



Assalamualaikum n hai..


baru sehari tak buka blog dah rasa rindu sangat kat blog saya...rindu kat korang gak

ini adalah coretan terakhir saya pada minggu ni..nak tahu sebabnya..??
sebabnya,saya akan tumpang bermalam kat rumah teman sebilik di alor setar sambil jalan-jalan kat sana..so,tak dapat nak buka blog kerana takde line kat sane..

lepas tu,saya akan balik ke negeri tercinta pada 23 januari ni..saya rindu sangat2 kat family saya terutamanya adik bongsu saya..huhu

harap korang sentiasa sihat-sihat walafiat disamping keluarga tersayang n doakan saya agar sampai ke destinasi yang dituju dengan selamat.. (^_^)

sedihnya...
tak dapat nak blogwalking dalam beberapa hari ini.. (-_-)"

apapun,
saya akan update entri bila dah sampai kat rumah saya nanti..nanti update sekali ngan gambar k

ok,bye2.. (^_~)









jangan lupa tinggalkan komen dax comel tau..(^_~)v

Isnin, 16 Januari 2012

maafkan diri ini...

Assalamualaikum n hai...



coretan saya kali ini adalah berkenaan dengan seorang member lelaki...saya berasa kecil hati kat dia..
rasa sedih + geramm...

nak tahu ke pasal apa saya sedih + geramm...?
ok la...biar saya kongsikan kat korang...pada minggu lalu,kitorang ada matematik ekonomi paper(final exam)..

masa tu,2 orang member kitorang(kawan baik dia) lum sampai lagi time kitorang start jawab paper uda..so,si dia ni jadi bimbang tak tentu pasal sampai tak hiraukan arahan pengawas supaya meletakkan fon kat kotak yang disediakan..

apalagi,saya pun panggil namanya and then nak beritahu si dia supaya meletakkan fonnya kat kotak yang disediakan...tapi...si dia terus berkata kat saya "tak perlu la kerana saya dah offkan fon...!"...

saya terkedu seketika..rasa kecil hati dan sedih..lalu saya pun diam membisu..

lepas tu,pelajar yang duduk kat sebelah dia suruh dia pergi letakkan fon kat kotak yang disediakan..lalu dia pun pergi letak fonnya kat kotak tu..

hati saya berbisik "owang cakap,dia tak nak dengar tapi bila owang lain pulak...!!grrrr...geram.."
hati saya terus "mogok"...

dua hari kemudian,kitorang ada paper prinsip ekonomi pula..
dia terus pandang kat saya time dia nampak saya...saya pula buat tak nampak dia jak...
lepas tu,dia panggil nama saya beberapa kali tapi saya buat2 tak dengar..mogok la katakan

dia siap jawab paper lebih awal daripada saya..
lepas tu,dia berjalan lalu  dia menyebut nama saya seolah-olah sedang berbisik di telinga saya..
saya terkejut tapi saya masih mogok...

pada hari ini pula,
dia berkali-kali melihat saya lalu cuba bercakap dengan saya tapi saya jawab acuh tak acuh jak..
seperti biasa,dia siap jawab paper lebih awal daripada saya and then dia berkata kepada saya "gud luck" diiringi dengan senyuman..

sungguh hati saya jadi sejuk...api mogok yang membuak-buak dalam hati dengan mudahnya terpadam...hanya kerana kata-katanya dan senyumannya yang ikhlas...

sekarang..
saya tidak akan berjumpa dia lagi pada semester depan kerana perbezaan jadual kuliah..

hati saya rasa menyesal sangat kerana memperlakukan dia sedemikian... (-_-)

saya  berharap agar dia maafkan saya...










jangan lupa tinggalkan komen dax comel tau..(^_~)v

Ahad, 15 Januari 2012

pelajar cemerlang dapat rumah

Assalamualaikum n hai...


SAMANTHA GARVEY dipeluk ibunya, Olga Garvey (kiri) dalam satu sidang media di di Sekolah Tinggi Brentwood, New York kelmarin.

BRENTWOOD, Amerika Syarikat (AS) - Sikap tekun dan tidak berputus asa dalam menimba ilmu akhirnya membuahkan hasil kepada seorang pelajar perempuan tidak berumah, Samantha Garvey.
Baru-baru ini, Garvey, 17 dan keluarganya ditawarkan menduduki sebuah kediaman tiga bilik oleh pentadbiran daerah ini, negeri New York pada kadar sewa yang amat rendah.
Tawaran tersebut dibuat selepas dia berjaya mara ke peringkat separuh akhir pertandingan sains berprestij Intel di AS.
Sebelum ini, mereka tinggal di sebuah pusat perlindungan untuk golongan tidak berumah di sini. Selain kediaman, pelbagai pihak turut menghulurkan derma bagi meringankan beban keluarga miskin berkenaan.
"Ini adalah perkara paling hebat yang pernah berlaku kepada diri saya," kata Garvey dalam satu sidang media bersama ibu bapa dan dua adik- beradiknya serta beberapa ahli politik tempatan kelmarin.
"Inilah apa yang kami mahukan selama ini," tambahnya.
Dia adalah antara 300 remaja di seluruh AS yang berjaya mara ke separuh akhir pertandingan sains berkenaan pada minggu ini. Finalis pertandingan tersebut pula akan diumumkan pada akhir bulan ini.
Garvey yang merupakan pelajar senior Sekolah Tinggi Brentwood bercita-cita untuk menjadi seorang ahli sains marin. Dia sudah memohon untuk memasuki Universiti Yale dan Brown untuk meneruskan pelajaran ke peringkat ijazah.
Gadis berkenaan diusir bersama keluarganya dari kediaman mereka menjelang tahun baharu selepas bapanya tidak mampu membayar ansuran bulanan rumah mereka.
Bapa Garvey, Leo bekerja sebagai pemandu teksi manakala ibunya, Olga tidak dapat bekerja selepas terbabit dalam kemalangan kereta pada Februari lalu.
Menurut broker hartanah tempatan, sebuah kediaman dengan tiga bilik tidur di lokasi berkenaan berharga sekitar AS$291,000 (RM911,702) manakala sewanya pula adalah sekitar AS$1,800 (RM5,639) sebulan.
SUMBER:KOSMO

p/s:akhirnya,usaha samantha membuahkan hasil...SYABAS...! (^_^)




jangan lupa tinggalkan komen dax comel tau..(^_~)v

Jumaat, 13 Januari 2012

hatiku demam rindu..


Assalamualaikum n hai..




hati ini,
merinduimu,
dambakan kehadiranmu,
disisi diri ini...

hati ini,
terkadang takut,
andai hatimu,
berpaling dariku..

aku dan kau,
terpisah jauh,
kerana cita dan impian,
yang perlu kugapai,
demi masa depan
yang cerah..

aku
ingin melihatmu,
ingin mendengar suaramu,
ingin bersamamu
melewati masa yang singkat ini..

tanpamu,
aku masih bisa bertahan..

tanpamu,
aku masih bisa tersenyum..

tanpamu,
aku masih bisa berdikari..

namun,
tanpamu,
hari-hariku menjadi sepi,
hatiku seolah kehilangan sesuatu..

AKU MERINDUIMU..






jangan lupa tinggalkan komen dax comel tau..(^_~)v

Rabu, 11 Januari 2012

novel 1






Assalamualaikum n hai...

ruru baru saja beli beberapa novel pada petang tadi..tajuk novel boleh korang tengok kat gambar yang ruru sertakan buat para pembaca tersayang sekalian...

ruru pun tak tahu napa ruru boleh tertarik ngan novel ni... (-_-)"
huhuhu...

apapun,ruru akan kongsikan ngan korang sekalian setelah ruru abis baca novel ni..
kalau yang uda baca tu,ruru ucapkan "syabas" kerana mendahului ruru.. (^_^)v

ok,that's all from me 2 u...










jangan lupa tinggalkan komen dax comel tau..(^_~)v

Selasa, 10 Januari 2012

NEW YEAR GIVEAWAY BY NABILAMARS AND CIK ERYN



Assalamualaikum n hai...

first of all,terima kasih ruru ucapkan kat tuan empunya blog " lorong kiri " yang sudi tag ruru..

kali ni ruru nak join giveaway yang tertera kat atas ni..apatah lagi ruru memang suka join benda2 camni.. (^_^)

hope ruru dapat la first giveaway ni...perasan plak ruru ni.
wawawa

straight 2 the point je la..

ruru nak tag dua dax comel ni.. (^_~)v


 

    
ini belog cik adieb



ok,that's all from me 2 u...


senyum itu comel




jangan lupa tinggalkan komen dax comel tau..(^_~)v

Isnin, 9 Januari 2012

belog dia comel ke..??






Assalamualaikum n hai...!

ruru sebenarnya  nak coret tentang belog korang comel atau tak comel...kebanyakan para blogger khususnya blogger wanita selalu menganjurkan contest yang berbunyi seperti ini "belog paling comel 2012" atau "blogger paling comel" ...

kalau terjumpa contest camni,para blogger wanita pastinya takkan ketinggalan...wawawa

pada pandangan ruru,para blogger wanita  menyertai contest sebegini adalah bertujuan agar blog diorang ni dikenali ramai...

siapa la yang tak nak dapat gelaran "blog paling comel 2012" atau "blogger paling comel"...!betul tak??

bagi ruru,"comel" itu adalah subjektif sama seperti "cantik"...

kalau nak tahu blog korang comel atau tak..senang jak..!

firstly,try la letak poll and then wat soalan yang berbunyi camni "apa pendapat korang tentang blog saya?"..

pastu,letak pilihan jawapan iaitu sangat comel,comel dan tak comel...boleh gak kalau korang nak tambah pilihan jawapan "TAK COMEL LANGSUNG"....komfom da yang taknak berblogging uda!
wawawa

bak kata pepatah orang putih "beauty is in the eye of the beholder"...

ok,that's all from me 2 u... (^_~)v





"kecomelan" itu akan terserlah dengan sendirinya tanpa dibuat-buat





jangan lupa tinggalkan komen dax comel tau..(^_~)v

baucar buku Rm200..??






Assalamualaikum n hai...

wawawa...
hari ni ruru gembira sangat2 kerana dapat baucar buku 1malaysia sebanyak RM200...jangan cakap yang korang tak tahu plak...!

alahai....takkan la korang tak tahu pula...! (-_-)"

 izinkan ruru berceloteh ye..30saat jak,bukan lama pon... (^_^)

secara ringkasnya,baucar ni diberikan kepada golongan mahasiswa di seluruh ipta..
ini merupakan usaha kerajaan dalam meringankan sedikit beban para pelajar ipta...

so,gunakanlah baucer tersebut untuk mendapatkan buku2 rujukan...jangan salah guna plak..!
"WARNING"

ok,that's all from me 2 u..











                                                                                                        



jangan lupa tinggalkan komen dax comel tau..(^_~)v

BERDOSA jadi ahli FACEBOOK...!?

BELIA Palestin memeriksa akaun Facebook di Ramallah.
BELIA Palestin memeriksa akaun Facebook di Ramallah.
TEHRAN: Seorang ulama Iran menetapkan web media rangkaian sosial popular di seluruh dunia, Facebook bercanggah dengan ajaran Islam sekali gus berdosa menjadi ahlinya kerana menggalakkan peri laku tidak bermoral. 

Ulama kanan itu, Ayatollah Lotfollah Safi-Golpaygani memberi pandangannya mengenai Facebook dan keahlian warga negaranya dalam web berkenaan ketika sesi soal jawab dengan agensi berita ISNA, semalam.
“Pada asasnya, perbuatan melayari mana-mana laman web yang menggalakkan peri laku tidak bermoral dan melemahkan pegangan agama bercanggah dengan Islam dan tidak dibenarkan selain menjadi ahli adalah haram.

“Hanya penggunaan laman web yang menekankan kriteria agama dan tidak membawa kepada sebarang peri laku atau etika tidak bermoral, tiada masalah,” katanya. 

Di Iran, biasa bagi ulama kanannya ditanya mengenai dasar isu sosial sama ada ia sejajar dengan nilai Islam. Jawapan mereka akan dianggap sebagai satu peraturan. 

Meskipun kerajaan mengenakan banyak sekatan terhadap internet, seramai 17 juta penduduk Iran ahli Facebook, lapor perangkaan rasmi pada 17 Oktober lalu. 
Oleh kerana Facebook popular di kalangan generasi muda, pemerhati percaya bilangan penduduk Islam yang mempunyai akaun Facebook lebih tinggi daripada angka itu. 
Iran mempunyai 70 juta penduduk, 60 peratus daripada mereka berusia di bawah 30 tahun. 

Lebih lima juta laman web dikenakan sekatan di Iran tetapi warga negara itu masih mendapatkan akses menggunakan perisian proksi dan rangkaian persendirian maya (VPN). (SUMBER: BERITA HARIAN)





gunakanlah akalmu untuk berfikir ke arah kebaikan






jangan lupa tinggalkan komen dax comel tau..(^_~)v

terima kasih follower yang tersayang... (^_~)




Assalamualaikum n hai...

coretan ikhlas buat teman blogger yang sudi follow blog ruru..
jutaan terima kasih wat korang yang sudi jadi follower kat blog ruru ni..

tiada apa yang dapat menggembirakan para blogger melainkan komitmen para follower yang sentiasa mengikuti perkembangan blog kitorang...

apapun yang terjadi,KORANG ADALAH YANG TERBAIK...! (^_~)


ARIGATOU GOZAIMASU..! (^_^)v





diriku tidak bermakna tanpa adanya kamu



jangan lupa tinggalkan komen dax comel tau..(^_~)v

Bloglist BLOGFYNA




Assalamualaikum n hai...

sekali lagi ruru join bloglist..ruru memang suka sangat join bloglist sebab tak perlu nak tag blogger lain maklum la ruru tak ramai follower...wawawa

nama direka ialah cik ruru ahiru..
nama blog pula adalah cik ruru ahiru..
url blog adalah http://cikruruahiru.blogspot.com

kalau nak tahu bilangan follower ruru,juz tengok je list follower ruru yang tersayang kat sidebar..
ngeee ~

blurrr... (-_-)"
jangan lupa tinggalkan komen dax comel tau..(^_~)v

Ahad, 8 Januari 2012

tanpa follower,blogger tak bererti..!




Assalamualaikum & hai...

ruru ingin meluahkan rasa yang terbuku dihati ruru dalam coretan ikhlas ini...
apa yang ingin ruru coret pada kali ini adalah berkaitan dengan tajuk entry ini...

saat ini,
ruru tertanya-tanya akan erti seorang follower kepada blogger..??
adakah follower hanya sebagai pelengkap blog korang jak atau ada sebab lain..??

sebenarnya ruru sedikit terkilan dengan satu blog yang baru saja ruru terjah pada hari ini..
first time tengok blog dia,memang ruru puji la kerana blog dia jauh lebih baik daripada blog ruru ini...

tapi malangnya,
ruru terasa sedikit kecewa kerana blogger ni meletakkan senarai follower kat bahagian blog yang paling bawah...

ruru terus takda mood nak xplore blog dia..

blogger ni seolah-olah tidak menghargai golongan blogger yang dah follow dia...

bukan senang tau para blogger nak follow blog korang melainkan dengan kerelaan hati mereka..!
so,hargailah para blogger yang dah jadi follower korang....

tanpa follower, blogger seolah-olah tiada erti..

ini kerana golongan follower itulah yang bersemangat membaca dan beri komen tentang entri yang korang coret kat blog korang...

ok,that's all from me 2 u.. (-_-)"





warna itulah yang memberi keindahan dalam lukisan 





jangan lupa tinggalkan komen dax comel tau..(^_~)v

kejayaan milik kita...


Assalamualaikum n hai...

ini adalah kenangan yg paling manis dalam seumur hidup ruru...nak tahu sebabnya?
sebabnya adalah ruru termasuk dalam 9 PELAJAR CEMERLANG masa tingkatan 6...

masa tu,ruru berazam agar memperoleh keputusan yang cemerlang sekaligus dapat mengharumkan nama sekolah ruru

finally,tercapai juga hasrat yang terbuku dalam hati... i lov u so much SMKKJ....!

haa...
ni adalah antara guru-guru yg telah mengajar kitorang tanpa kenal putus asa..wawawa
rasa rindu plak nak pakai "baju putih" tu lagi...huhuhu

apapun,ia adalah sweet memory yang takkan pernah ruru lupakan...
korang dapat teka k yang mana satu ruru dalam gambar tu...??

korang memang genius la kalau korang dapat teka..!! (^_^)

ok,that's all from me 2 u...




kejayaan mudah diperoleh dengan hanya membuang sifat malas dalam diri



 

jangan lupa tinggalkan komen dax comel tau..(^_~)v

jom join ''bloglist ahsfantasy24.com



Assalamualaikum & hai...

erm...ruru tak tahu nak coret tentang bloglist kat atas ni...huhu
ruru berharap korang join la bloglist ni kerana ia memberi manfaat kat korang termasuklah ruru sendiri...
ruru join bloglist ni kerana ruru tertarik ngan banner bloglist ni... ^_~

apapun,korang join bloglist ni tau!mari sama-sama memeriahkan bloglist ahsfantasy24.com...!!


ok,that's all from me 2 u...




kegembiraan akan berlipat-ganda apabila dikongsi bersama orang yang tersayang



jangan lupa tinggalkan komen dax comel tau..(^_~)v

saya tersenarai dalam 1000 bLOG TERHEBAT..


Assalamualaikum & hai...

ruru nak citer sikit tentang segmen yg ruru join ni...citer sikit jak,tak bnyk pun...!
segmen ni adalah mudah untuk korang join kerana syarat-syaratnya tak byk...

TAHUKAH ANDA..??

segmen sebegini sedikit sebanyak dapat memudahkan para blogger yg suka giler blogwalking terutamanya bagi golongan blogger baru termasuk la ruru...bak kata pepatah "orang mengantuk disorongkan bantal "..

wawawa

ok2..!

ruru just straight to the point,rasanya tak perlu la ruru nak cakap byk...t kering plak air liur ruru duk membebel 24 jam...

kalau nk ketahui dengan lanjut tentang segmen ni,sila la terjah  segmen saya tersenarai dalam 1000 blog terhebat

ok,that's all from me 2 u..




usaha tanpa putus asa adalah kunci kejayaan


jangan lupa tinggalkan komen dax comel tau..(^_~)v

Candid Photo Contest


Assalamualaikum & hai..

kali ni ruru join ''candid photo contest''...sebagai blogger baru,ruru kena le aktif dlm menyertai setiap contest yg dianjurkan oleh para blogger senior..sekaligus membuka jalan untuk jadi follower blog owg lain & sebaliknya..

malah,syarat-syarat contest ni amat mudah..so,ruru nak cuba nasib dgn ''MengJoinkan" diri dlm contest ni... ^_^

straight to the point,ni adalah gambar ruru..


ruru tangkap gmbr ni kat bilik ruru..masa tu,ruru tersangat la bosan & tak tahu nak watpa...
tetiba dtg idea nak  wat mata jadi besar mcm mata anime..so,ruru pun make up mata ala-ala anime jak,takde guna contact lens..ORIGINAL LENS..wawawa

finally,ruru tangkap gmbr buat kenangan & ini la hasilnya...
berjaya x ruru wat mata ruru nmpk besar..??perasan sgt la ruru ni

wawawa...ok,that's all..!
  


jadilah orang yg sentiasa berfikiran ke hadapan & rebut segala peluang yg ada.. ^_^




jangan lupa tinggalkan komen dax comel tau..(^_~)v

tanda lelaki ikhlas mencintai kekasihnya..




Assalamualaikum & hai...

sekali lagi,ruru nak coret entry berkaitan dengan ''cinta'' iaitu tanda lelaki ikhlas mencintai kekasihnya...coretan ni adalah hasil nukilan  berdasarkan pengalaman ruru sendiri..no copycat from other blogger's entry... berbalik kepada tajuk entry yg ruru nak kongsikan ngan korang..

berikut adalah tanda-tanda lelaki ikhlas mencintai kekasihnya:

 first time korang tima cintanya,dia akan hepi sgt2 n tersenyum sendiri..
 dia akan lebih mesra ngan korang berbanding ngan orang lain..
 dia akan selalu perhatikan n pandang2 kat korang tanpa korang sedari..
 korang akan sedar bhwa da ssuatu yg brubah ngan si dia(sifat,tutur
             kata,penampilan)
 setiap kali korang berada disisinya,dia akan lebih banyak tundukkan
             pandangannya..
 dia mudah jeles bila da lelaki lain suka kat korang..
 kadangkala bila dia tak dpt kawal perasaan jeles,dia akan lepaskan geram
             kat benda yg da didepan matanya..
 dia akan selalu tanya keadaan korang..
 dia akan tanya "dari mana?pergi ngan siapa?bila?dimana?" kat korang
             seolah-olah cuba kongkong hidup korang..
 dia akan selalu jaga batas ngan korang sebab dia nak jaga korang ngan
             baik..
 dia akan sentiasa menasihati korang agar jaga batas ngan siapa2 jak
             terutama ngan lelaki lain...
 dia akan sentiasa cuba bertolak ansur ngan korang meskipun
             "sudah terang lagi bersuluh" korang yg bersalah..
 dia akan selalu maafkan korang walaupun dah berjuta kali korang sakitkan
             hatinya kerana dia "aishiteru" kat korang..
 dia akan selalu suruh korang tutup aurat korang yg terdedah tu sebab dia
             sygkn korang..
 dia akan sebut tentang perkahwinan ngan korang meskipun korang belum
             terfikir sampai ke tahap tu spt "arap2 hubungan kiter berakhir ngan
             perkahwinan"..
 last but not least,cuba korang perhatikan sama ada dia pernah menitiskan
             airmata didepan korang disebabkan oleh perbuatan korang yg menyakitkan
             hatinya..
 jika jwpnnya adalah "ya" maka, korang adalah wanita yg paling bahagia..                                            






lelaki tidak malu menitiskan airmata dihadapan orang yg amat dia cintai

jangan lupa tinggalkan komen dax comel tau..(^_~)v