Jumaat, 30 Mac 2012

assalamu'alaikum wbt n hai ..




wahai wanita yang bergelar muslimah ..

tidakkah engkau tahu dan sedar betapa Sang Murabbi terlalu mengasihi dirimu ..
DIA sentiasa ingin menjagamu dengan penuh kasih sayang ..

Tidakkah dirimu sedar betapa kuatnya cinta Sang Murabbi padamu wahai MUSLIMAH ?

Allah swt menyuruh kaum muslimah agar menutup aurat mereka bagi membuktikan betapa Allah swt amat mengkhuatirkan keselamatan kita dan DIA ingin melindungi kita daripada gangguan golongan yang berhati syaitan ..


FIRMAN ALLAH SWT :

Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. [33:59]

oleh  yang demikian , tutuplah auratmu yakni dengan memakai pakaian yang bisa menutupi aurat ( aib ) golongan wanita yang bergelar muslimah ..

Sesungguhnya tiada cinta yang lebih tulus dan ikhlas melainkan cinta ILAHI ..

subhahanallah ..




jangan lupa tinggalkan komen dax comel tau..(^_~)v

Rabu, 28 Mac 2012

Khamis, 22 Mac 2012

luahan hati


Assalamualaikum n hai .. ^^



Terkadang hatiku tertanya-tanya akan alasan kaum wanita lain memandang dengan pandangan serong pada seorang gadis yang bertudung labuh .. ada sesuatu yang tak kena yang korang tengok kat gadis yang bertudung labuh .. ? bila gadis itu mula berubah ke arah kebaikan maka kamu pula ingin menyesatkan dia kembali ke jalan yang tak baik ..

adakah kamu berasa bahgia melakukan hal yang sedemikian rupa ?? ingat dan sedarlah bahwa tiada yang kekal di dunia ini .. jika kamu inginkan kebahagiaan maka kembalilah pada ke jalan yang benar .. Islam itu mudah tetapi jangan sesekali mengingkari suruhanNYA .. maka tempatmu di alam yang kekal adalah neraka jahanam .. dan selamanya kekal di situ bila mana kamu ingkar pada perintahNYA ..

nescaya kamu adalah termasuk golongan yang rugi .. di dunia dan juga di akhirat .. inikah yang kamu inginkan ?? mengejar dunia yang sementara sebaliknya sanggup melepaskan alam akhirat yang kekal selamanya ..

maka ..

renung - renungkan la ..
jangan lupa tinggalkan komen dax comel tau..(^_~)v

Isnin, 12 Mac 2012

APA YANG ANDA TAK TAHU TENTANG SEORANG AYAH..


Mungkin ibu lebih kerap menelefon utk menanyakan keadaan kita setiap hari..Tapi tahukah kita, sebenarnya ayahlah yang mengingatkan ibu untuk menelefon kita?

Semasa kecil, ibu lah yg lebih sering mendukung kita..Tapi tahukah kita bahawa sebaik saja ayah pulang bekerja dengan wajah yang letih ayahlah selalu menanyakan apa yg kita lakukan seharian

Saat kita sakit@demam, ayah sering membentak "sudah diberitahu! jangan minum ais!".Tapi tahukah kamu bahawa ayah sangat risau.??

Ketika kita remaja, kita meminta izin untk keluar malam. Ayah dengan tegas berkata "tidak boleh!"..Sedarkah kita bahawa ayah hanya ingin menjaga kita? Kerana bagi ayah, kita adalah sesuatu yang sangat berharga.

Saat kita sudah di percayai, ayah pun melonggarkan peraturannya. Maka kita telah melanggar kepercayaannya...Maka ayah lah yang setia menunggu kita di ruang tamu dengan rasa sangat risau..

Setelah kita dewasa,ayah telah menghantar kita ke sekolah@kolej untuk belajar..
Di saat kita memerlukan ini-itu, untuk keperluan kuliah kita, ayah hanya mengerutkan dahi.tanpa menolak, beliau memenuhinya..Saat kamu berjaya..Ayah adalah orang pertama yang berdiri dan bertepuk tangan untukmu..Ayah akan tersenyum dengan bangga..

Sampai ketika jodoh kita telah datang dan meminta izin untuk mengambil kita dari ayah..Ayah sangat berhati-hati mengizinkan nya..Dan akhirnya..Saat ayah melihat kita duduk di atas plamin bersama pasangan nya..ayah pun tersenyum bahagia..

Apa kita tahu,bahawa ayah sempat pergi ke belakang dan menangis?

Ayah menangis kerana ayah sangat bahagia..Dan dia pun berdoa "Ya Tuhan, tugasku telah selesai dgn baik..Bahagiakan lah putra putri kecilku yg manis bersama pasangannya"..

Setelah itu ayah hanya akan menunggu kedatangan kita bersama cucu-cucunya yg sesekali dtg untuk menjenguk..Dengan rambut yg memutih dan badan yang tak lagi kuat untuk menjaga kita..

jangan lupa tinggalkan komen dax comel tau..(^_~)v

Isnin, 5 Mac 2012

cantiknya wanita ..


Assalamualaikum n hai .. ^^



entah mengapa dan kenapa hati ini membisikkan sesuatu .. hati ini seolah - olah ingin mencurahkan suatu rasa yang kian membebani hati .. lalu pada siapa harus hati ini meluahkan agar tiada resah dan derita .. ? mungkinkah pada bintang dan bulan yang sudi menjadi pendengar setia luahan hati yang lara .. ? namun hati ini ingin mencurahkan segalanya disini pada saat ini .. 

bisikan - bisikan kian membelenggu hati yang lemah ini .. hati ini berbisik " kaum wanita yang amat terkenal dengan kecantikan yang sememangnya tak dapat dinafikan oleh kaum pemuda .. " , tapi .. mengapa kaum wanita mudah untuk memperlihatkan keindahan dirinya pada kaum pemuda  ..?

MENGAPA ?

MENGAPA .. ?

Persoalan ini kerap menghantui fikiran dan hati ini ..

kecantikan wanita terlalu berharga sehingga tiada satu pun yang mampu menandingi ciptaan ilahi yang Maha Kuasa lagi Maha Indah ..

Selimutilah kecantikanmu dengan pakaian yang labuh sehingga para mujahid tidak mudah meletakkan harga kecantikanmu sewenang - wenangnya ..

Hiasilah dirimu dengan budi pekerti yang baik , tutur kata yang indah dan bermakna dan sentiasa maniskan wajahmu dengan senyuman ..

Nescaya , dirimu adalah wanita yang paling cantik dan indah dimata para mujahid dan terutamanya pada pandangan ilahi ..

Tidakkah dirimu ingin menjadi seperti ainul mardhiah yang menjadi dambaan para mujahid yang beriman lagi bertakwa .. ?

Ingatlah , bidadari yang menghiasi dunia lebih baik berbanding bidadari syurga selagi mana dirimu sentiasa memperbaiki amal dan mempertingkatkan kecintaan yang mendalam terhadapNYA ..





jangan lupa tinggalkan komen dax comel tau..(^_~)v

Ahad, 4 Mac 2012

cintaku selamanya ..


Assalamualaikum n hai .. ^^




kadangkala hati ini mudah terleka dengan keindahan dunia yang sementara ini .. yang penuh dengan segala rasa yang mewarnai kehidupan di dunia sementara ini .. hati memberi warna kepada kehidupan , kehidupan pula memberi perasaan pada jiwa kosong .. yang dahagakan rasa bahgia , tenang , sedih dan terluka .. rasa inilah yang mengisi kekosongan jiwa .. 

bila ada hati yang mendambakan cinta daripada hati yang tidak mampu berikan rasa itu .. maka bersabarlah duhai hati .. kerana cinta itu lebih indah bila hati ikhlas memberi tanpa mengharapkan balasan .. sama seperti kata - kata para pencinta " mencintai tidak semestinya memiliki .. "

maka dengan itu , cintailah hati itu tanpa mengharapkan apa - apa balasan .. itulah hal yang paling bahgia jika hati mampu ikhlas mencintai tanpa memiliki .. kerna cinta akan kekal buat selamanya hingga ke nafas terakhir .. dan percayalah cinta itu membahgiakan asalkan hati ikhlas dan redha ..

melihat kekasih hati bahgia bersama orang lain adalah hal yang amat sukar dan perit untuk dilakukan .. namun percayalah .. hati akan tenang bila melihatnya bahgia .. meskipun orang itu bukanlah dirimu .. 

begitulah diriku yang mencintai hati yang sehingga saat ini masih menanti jawapanNya .. apapun , hatiku terlalu mencintai sehingga hatiku ingin berada disampingNya .. meskipun diri ini tidak layak berada disampingNya .. tapi hatiku terlalu mencintaiNya .. dan hatiku ingin hanya Dia dalam hati ini .. Layak diriku menjadi pendampingNya sedangkan ramai lagi yang lebih layak daripada diriku ini .. ?




jangan lupa tinggalkan komen dax comel tau..(^_~)v

Sabtu, 3 Mac 2012

all about PURPLE ..

Assalamualaikum n hai .. ^^

  




Purple, purple
It's my favorite color

Purple, purple
Everywhere and anytime

Everything looks wonderful in purple
Though if the weather did turn purple
Then I'd have to change my mind
Rain would just look down right silly
If it was purple
For it's perfect just the way it is already

Purple
It surely would be great
To have a purple giraffe

Purple
The only color
I wish the world to be 



BY : Storm Pedersen

jangan lupa tinggalkan komen dax comel tau..(^_~)v

Jumaat, 2 Mac 2012

badmood punya pasal !





Assalamualaikum n hai ..

saya rasa sangat badmood arini .. tekanan semakin terasa sehingga membuatkan diri saya tak tenang .. geram + sakit hati bila ada yang selalu buat tanggapan melulu tanpa usul periksa .. cam nak berteriak sekuat yang boleh .. !!

Sakit Hati SANGATTT !!

actually, saya tak berapa suka nak sakit hati + geram kat orang lain .. rasa cam takda gunanya nak geram + sakit hati kat orang lain .. rugi jak .. nak tahu sebabnya ? sebabnya kedut kat muka cepat timbul bila asyik buat muka ketat .. TAKNAK .. !!

No Way !

so ,
penyelesaian masalah situasi yang saya hadapi sekarang ni .. hanya ada satu ..

SENYUM SELALU .. (^_~)v

hehe .. 
senang jak jalan penyelesaiannya .. 

k la ..
that's all from me 2 u ..







jangan lupa tinggalkan komen dax comel tau..(^_~)v