Jumaat, 24 Ogos 2012

aku dan cinta







aku kini menjadi buntu dalam perubahanku menuju ke jalanNya .. pada mulanya aku terlalu obses untuk berubah menjadi seorang muslimah yang patuh pada ajaranNya dan menjauhi segala laranganNya .. masih ku ingat lagi tika pertama kali aku mengenakan tudung labuh dikepalaku , terasa bagai ada rasa bahgia sangat dalam hatiku .. aku amat teruja dan bahgia sekali .. aku tidak peduli akan kata-kata yang dilontarkan oleh kawan-kawanku kepadaku .. aku hanya memekakkan telinga tika mereka seolah-olah ingin menjatuhkan semangatku yang berkobar-kobar dalam perjuanganku menjadi seorang muslimah sejati .. aku lakukan semua ni hanya keranaNya .. 

tapi aku tiba-tiba hatiku rasa gelisah semacam apabila mengenangkan diriku yang mempunyai kekasih .. ini kerana ramai yang mengatakan bahawa bercinta sebelum kahwin itu hukumnya haram .. betapa terkejutnya diriku disaat aku mendengar kata-kata itu .. betapa aku terasa amat berdosa padaNya .. fikiranku menjadi buntu dan kosong .. entah bagaimana lagi harus aku lakukan .. hatiku rasa sebak .. aku tidak sanggup menyakiti hati seorang insan yang telah melayanku dengan baik .. 

aku pernah mengatakan pada si dia bahwa bercinta sebelum nikah itu hukumnya haram ., lalu si dia mengatakan padaku dia bercinta denganku kerana dia ingin mengenaliku sebelum mengambilku sebagai isterinya .. malah dia berjanji yang dia akan meminangku secepat mungkin dan berjanji takkan membiarkanku menjadi milik orang lain .. aku juga sayang si dia namun aku lebih mencintaiNya .. sehingga kini aku masih tidak dapat mencari jalan penyelesaian yang terbaik buat kami berdua tanpa ada pihak yang terluka .. 







jangan lupa tinggalkan komen dax comel tau..(^_~)v

0 dax comel conteng2:

Catat Ulasan