Isnin, 16 Januari 2012

maafkan diri ini...

Assalamualaikum n hai...



coretan saya kali ini adalah berkenaan dengan seorang member lelaki...saya berasa kecil hati kat dia..
rasa sedih + geramm...

nak tahu ke pasal apa saya sedih + geramm...?
ok la...biar saya kongsikan kat korang...pada minggu lalu,kitorang ada matematik ekonomi paper(final exam)..

masa tu,2 orang member kitorang(kawan baik dia) lum sampai lagi time kitorang start jawab paper uda..so,si dia ni jadi bimbang tak tentu pasal sampai tak hiraukan arahan pengawas supaya meletakkan fon kat kotak yang disediakan..

apalagi,saya pun panggil namanya and then nak beritahu si dia supaya meletakkan fonnya kat kotak yang disediakan...tapi...si dia terus berkata kat saya "tak perlu la kerana saya dah offkan fon...!"...

saya terkedu seketika..rasa kecil hati dan sedih..lalu saya pun diam membisu..

lepas tu,pelajar yang duduk kat sebelah dia suruh dia pergi letakkan fon kat kotak yang disediakan..lalu dia pun pergi letak fonnya kat kotak tu..

hati saya berbisik "owang cakap,dia tak nak dengar tapi bila owang lain pulak...!!grrrr...geram.."
hati saya terus "mogok"...

dua hari kemudian,kitorang ada paper prinsip ekonomi pula..
dia terus pandang kat saya time dia nampak saya...saya pula buat tak nampak dia jak...
lepas tu,dia panggil nama saya beberapa kali tapi saya buat2 tak dengar..mogok la katakan

dia siap jawab paper lebih awal daripada saya..
lepas tu,dia berjalan lalu  dia menyebut nama saya seolah-olah sedang berbisik di telinga saya..
saya terkejut tapi saya masih mogok...

pada hari ini pula,
dia berkali-kali melihat saya lalu cuba bercakap dengan saya tapi saya jawab acuh tak acuh jak..
seperti biasa,dia siap jawab paper lebih awal daripada saya and then dia berkata kepada saya "gud luck" diiringi dengan senyuman..

sungguh hati saya jadi sejuk...api mogok yang membuak-buak dalam hati dengan mudahnya terpadam...hanya kerana kata-katanya dan senyumannya yang ikhlas...

sekarang..
saya tidak akan berjumpa dia lagi pada semester depan kerana perbezaan jadual kuliah..

hati saya rasa menyesal sangat kerana memperlakukan dia sedemikian... (-_-)

saya  berharap agar dia maafkan saya...










jangan lupa tinggalkan komen dax comel tau..(^_~)v

0 dax comel conteng2:

Catat Ulasan