Jumaat, 4 Mei 2012

miss my mak ayah



Assalamualaikum n hai .. ^_^








rindu sangat kat mak ayah ruru kat sabah .. rasa cam nak mengalir jak airmata bila terkenangkan mereka .. terasa diri seperti tidak berdaya dalam mengharungi dugaan hidup ini .. hati ini seringkali merintih bila berjauhan dengan mak ayah .. ruru tak kuat bila tiada mak ayah di sisi .. mungkin betul yang ruru ni anak manja .. itu ruru tak nafikan ..

cumanya ruru rasa susah hati bila dapat tawaran masuk ipta di utara malaysia .. betapa jauhnya ruru terpisah dengan mak ayah .. tapi mak ayah selalu nasihatkan supaya redha dan yakin terhadap diri sendiri yang ruru boleh hadapi semua masalah .. kononnya , ruru akan bisa hidup berdikari bila berjauhan dengan mak ayah ..

oh pilunya hati ..

semester pertama memang boleh bertahan tapi bila masuk semester kedua, hati ruru seolah tak sekuat dulu .. terasa semangat tiba-tiba menghilang tanpa ruru sedari .. sekarang rasa tiada semangat lagi .. 

tapi bila terfikir harapan mak ayah yang tinggi menggunung terhadap ruru menyebabkan ruru cuba bertahan dan cuba mengembalikan semangat dan kekuatan dalam diri ruru ..

cita-cita yang telah lama terpendam di hati ruru akan ruru cuba realisasikannya menjadi realiti ..



♥ hati berbicara : akan ku cuba terus tersenyum meskipun hati menangis 


itulah yang memberi semangat kat ruru untuk terus bertahan dalam menempuh dugaan hidup di alam universiti sebagai seorang mahasiswa ..

Cita-cita dan harapan mak ayah ruru .. 

MISS U SO MUUACH ..!








jangan lupa tinggalkan komen dax comel tau..(^_~)v

0 dax comel conteng2:

Catat Ulasan