Sabtu, 23 Jun 2012

CERITA CINTA





Assalamualaikum n hye peeps ! ^_^




hari ini saya ada sebuah cerita cinta ..
dan saya ingin korang yang tentukan siapa yang patut dipersalahkan dalam cerita cinta ini .. ^_~




 
ada seorang gadis comel yang bernama RUE baru bekerja sebagai cashier di sebuah pasaraya .. Ramai yang memujinya comel dan baik .. majoriti pekerja lelaki meminatinya kerana sifat dan pekertinya yang baik sehingga pekerja wanita lain turut mencemburuinya sehingga tidak mempedulikannya .. namun , dia tetap tabah dan sabar kerana rue berpegang pada niatnya untuk bekerja bukannya untuk membuang masa memikirkan tentang lelaki .. namun begitu , dia sememangnya menganggap teman sekerja lelaki adalah sebagai kawan dan tidak lebih daripada itu ..

rue sentiasa tersenyum indah dan ianya ikhlas dari hatinya .. walaupun 
kadangkala rue dibuli oleh teman sekerja wanita sehingga membuatkan rue sedih .. namun , dia tetap bersabar .tiba-tiba timbul pula gosip antara dia dengan pekerja lelaki bernama qay ..




 
 sebenarnya qay memang sukakan rue tapi qay tidak berani meluahkan cintanya kepada rue .. kerana rue pernah mengatakan bahwa dia tidak ingin berkapel buat masa sekarang .. jadi qay pun memendamkan perasaannya .. akhirnya gosip itu lenyap .. dan tiba-tiba rue bertemu dengan lelaki yang pernah diminatinya sejak tingkatan 6 bernama rie yang kebetulan bekerja di situ ..


rue berasa gembira dan pelik kerana dia tidak pernah melihat rie selama rue mula bekerja .. hari-hari terasa bahgia .. rue selalu bersama rie sehingga rue terlupa pada qay .. dan akhirnya rie meluahkan perasaannya kepada rue , rue tergamam dan terus mengangguk tanda dia juga mencintai rie .. akhirnya , cerita cinta mereka tersebar sehingga qay mengetahui .. 
betapa hancur luluh hati qay mengenangkan orang yang disukainya telah dimiliki oleh orang lain .. terasa mustahil untuk dia mengubati luka hati ini dengan mudah ..

THE END .. ♥










jangan lupa tinggalkan komen dax comel tau..(^_~)v

1 ulasan: