Assalamualaikum n hye peeps ! ^_^
saat ini hati saya teringatkan si dia yang jauh di sana .. saya di kedah dan si dia pula di sabah .. betapa jauhnya kami terpisah .. kadangkala ia membuatkan hati saya sakit kerana menanggung rindu padanya .. namun , saya tabahkan hati .. hanya kejujuran dan kesetiaan yang akan mengekalkan hubungan cinta antara satu sama lain .. siapa yang tengah bercinta , sure diorang akan tahu betapa seksanya terpisah jauh dengan kekasih hati .. ^^
♥ terasa rindu tanpamu disisi ♥
Ramai member saya menganggap cinta kami tidak akan bisa bertahan andai berjauhan dalam tempoh yang lama .. namun , saya tidak beranggapan sebegitu kerana saya yakin si dia akan tabah menanti saya andai si dia mencintai saya .. Perpisahan sebegini juga akan menguji sejauh mana tahap cinta kita terhadap kekasih hati .. Dengan cara ini , saya dapat mengetahui sama ada si dia benar-benar mencintai saya atau tidak ..
Andai si dia benar-benar mencintai kita , si dia akan menunggu kita walaupun ramai membernya yang mengatakan si dia terlalu bodoh untuk setia dan mengatakan bahawa hati wanita itu mudah berubah ..
bagi saya , itu adalah tanggapan orang-orang yang belum mengenal akan erti cinta yang sebenar ..
saya benar-benar merasakan si dia tercipta untuk saya kerana kami kekal bersama setelah banyak dugaan telah kami tempuhi .. nak tahu kenapa ? ini kerana kami berdua telah berjanji untuk sentiasa berbincang jika ada masalah tidak kira kecil atau besar ..sungguh itu yang sentiasa membuatkan hubungan kami kekal sehingga kini .. saya amat mengaguminya kerana si dia amat menghormati saya sebagai seorang wanita .. si dia tidak pernah menyentuh saya seperti berpegangan tangan .. si dia betul-betul menjaga saya sebagai seorang kekasih dan si dia juga menganggap saya sebagai bakal isterinya .. itu yang membuatkan saya amat menghargainya .. biarpun seribu lelaki yang cintakan saya , takkan pernah sama dengan cintanya yang tulus pada saya .. hanya si dia yang bisa memberi warna seindah pelangi dalam hidupku ..
♥ we were meant to be ♥
semoga hubungan kamu n dia terus berada di bawah lindungannYA
BalasPadam