Isnin, 25 Jun 2012

tips untuk wanita kelihatan hebat pada pandangan kekasih





Assalamualaikum n hye peeps ! ^_^






kali ini saya nak bagi tips bagi gurlz-gurlz di luar sana untuk kelihatan hebat dihadapan kekasih korang .. truly , tiada satu wanita pun yang ingin kelihatan lemah dihadapan kekasihnya .. am i right ? oleh itu , tujuan saya menulis entri ini adalah untuk menyedarkan korang tentang kehebatan korang sebagai seorang wanita .. andai saja korang tahu betapa mudahnya untuk membuatkan lelaki tunduk pada korang .. 


1. kena jaga penampilan sebagai seorang wanita

penampilan seorang wanita memainkan peranan penting dan amat mempengaruhi first impression seorang lelaki terhadap korang .. so , korang kena la menjaga penampilan diri tanpa berlebihan .. maksudnya , penampilan diri yang kemas , bersih dan menggunakan mekap yang kelihatan natural atau tidak tebal .. korang kena tahu bahawa lelaki lebih suka wanita yang mempunyai kecantikan semulajadi .. cuba korang bayangkan bila wanita pakai lipstick warna merah , sudah tentu korang akan perhatikan bibirnya .. 
silap hari bulan ada pula kes lelaki terhantuk tiang lampu kerana asyik duk tengok bibir wanita tersebut ..  haha , just kidding !  ^_^
lelaki ni lain sikit sifatnya , so korang janganlah pakai warna lipstick yang menonjol sangat .. saya syorkan korang guna warna lipstick yang lembut seperti sweet pink .. 
bak kata pepatah lelaki " biar tak cantik asalkan sejuk mata memandang " .. 


2. kena yakin pada diri sendiri dan berikan sedikit cinta untuk kekasih

yakin pada diri sendiri adalah amat perlu bagi seorang wanita .. keyakinan itu penting untuk mengelakkan korang kelihatan lemah dimata seorang lelaki .. lelaki ini akan tindas korang sehingga korang jadi lemah dan seterusnya membuatkan korang ikut cakap kekasih korang .. korang jangan sesekali biarkan lelaki berani nak menguasai diri korang .. u bukan hamba cinta lelaki .. 
selagi lelaki itu belum menjadi suami korang , korang jangan bagi peluang kekasih korang kawal korang dan ikut cakap dia .. means bila kekasih korang nak pegang tangan la , nak minta peluk la , bermanja dan whatever yang sewaktu dengannya .. jangan bagi muka kat lelaki .. korang nak tahu ke apa yang bermain  di fikiran lelaki bila kekasih korang akhirnya dah berjaya pegang tangan korang ? meh sini saya beritahu kat korang , korang akan kelihatan rendah dihadapan mata mereka dan perasaan untuk serius dengan korang akan hilang begitu saja .. nak tahu kenapa ?? kerana korang dah bagi " lampu hijau " kat kekasih korang walaupun dia belum jadi suami korang yang sah .. so , korang kena yakin pada diri bahawa korang adalah wanita yang ingin dipandang tinggi oleh lelaki khususnya kekasih korang .. kalau kekasih korang dah ada tanda nak menggatal , korang bagi warning secara lembut supaya dia sedar yang wanita itu bukan senang-senang saja dimiliki .. Sorry To Say , lebih baik tinggalkan saja lelaki itu andai dia tetap nak melampaui batas .. ingat ! kumbang bukan seekor ..



3. jaga kehormatan diri sebagai seorang wanita


kehormatan diri adalah aset utama bagi seorang wanita untuk membuatkan lelaki mengalah .. bila korang jaga aset berharga korang , sudah tentu lelaki akan memandang tinggi pada korang as a women .. lelaki takkan berani nak mencaci atau merendah-rendahkan dirimu andai korang pandai jaga aset berharga korang .. aset berharga itulah yang membuatkan wanita itu berkuasa dan boleh menundukkan ramai lelaki .. malah , kekasih korang pun akan takut kehilangan korang andai korang boleh pertahankan aset berharga korang daripada dimiliki oleh lelaki yang bukan suami korang termasuklah kekasih korang .. dan korang dapat lihat kelemahan kekasih korang andai korang kuat pertahankan aset korang daripada jatuh ke tangan lelaki .. dia akan jadi tak tentu arah kalau ada yang cuba mendekati korang .. sampai ada yang sanggup memujuk kekasihnya untuk berkahwin dengannya hanya disebabkan takut kehilangan kekasihnya .. korang kena tahu lelaki ini akan tunduk pada wanita yang pandai jaga kehormatan dirinya kerana lelaki ni suka benda yang sukar dimiliki .. bila lelaki sukar miliki suatu benda , dia tidak akan sesekali biarkan benda itu terlepas daripada genggamannya .. so , pandai-pandailah korang jaga kehormatan korang .. jangan biarkan lelaki berjaya menyentuhmu walau hanya berpegang tangan sekalipun .. nak tahu kenapa ? kerana itu akan membuka jalan kat lelaki untuk mendapatkan aset berharga korang .. ingat ! lelaki itu ada 9 akal 1 nafsu ..



harap entri ni berguna buat gurlz-gurlz diluar sana yang sedang mencari kekasih ataupun yang sedang bercinta .. 





berikanlah kunci hatimu pada hati yang ikhlas mencintaimu










jangan lupa tinggalkan komen dax comel tau..(^_~)v

0 dax comel conteng2:

Catat Ulasan