Isnin, 20 Februari 2012

jangan pernah mencintaiku lebih ..






Assalamualaikum n hai ..

hati ini ingin berbicara namun bisu .. , lalu jari - jemari tak runcing yang baik hati sanggup menolong hati dengan menulis satu persatu huruf sehingga bercantum menjadi sebuah ayat .. ayat demi ayat dicoret untuk meluahkan kata - kata yang ingin diluahkan oleh hati .. dan akhirnya luahan hati menjadi entri saya kali ini .. 

kadangkala saya buntu , mencari jawapan bagi persoalan - persoalan yang bermain di minda lalu berbisik ke hati .. hati pula jadi tak tenang .. apabila persoalan itu berkaitan dengan hati dan perasaan .. terasa diri tidak layak mempersoalkan tentang hati ..

tetapi ..
andai dibiarkan saja .. takut ada yang tersinggung ..

wahai sahabatku ..
tidak dirimu tahu betapa hati ini amat menyayangimu , kerana engkau adalah sahabatku dunia dan akhirat ..
hati ini mencintaimu hanya kerana TUHAN .. 

namun ,
saya terkadang melihat cintamu pada diri ini melebihi cinta kepada sahabat .. ia membuatkanku risau yang teramat sangat .. walhal , engkau mengetahui bahwa takdir telah menemukanku dengan si dia .. saya tak ingin cinta pada seorang sahabat pudar hanya disebabkan oleh rasa cintamu yang melebihi cinta seorang sahabat .. 

saya tahu yang saya tiada hak ingin melarangmu untuk mencintai diri ini lebih daripada seorang sahabat .. akan tetapi , saya tak ingin melihatmu merana kerana mengharapkan hal yang takkan mungkin terjadi ..

saya ingin mencintaimu sebagai seorang sahabat .. dan saya mohon agar dirimu tidak memaksa saya untuk melenyapkan cintaku padamu , wahai sahabatku .. 

lenyapkanlah rasa cintamu yang menginginkan cintaku lebih daripada cinta seorang sahabat .. , kerana itu tak mungkin terjadi .. dan saya ingin dirimu menjadi sahabatku buat selamanya ..

maafkanlah diri ini , wahai sahabatku ..








jangan lupa tinggalkan komen dax comel tau..(^_~)v

0 dax comel conteng2:

Catat Ulasan