Dear tutu,
Saat ini,hatiku terasa sakit bagai ditusuk oleh panah yang tajam..hatiku tak sanggup untuk terus disakiti..tapi aku tak sanggup melukakan hatinya yang terlalu mencintaiku..setiap kali aku menyatakan hasratku untuk putuskan hubungan ini,marahnya terus membuak-buak..kadangkala kier akan mengasari diriku bila kier marah..
tapi..
aku tak sanggup terus disakiti dengan tuduhan-tuduhan yang menyakitkan hatiku..kier selalu fikir bukan-bukan dan cemburu yang tak bertempat..bukan begini yang aku inginkan terjadi dalam percintaanku..namun apakan daya,ini yang terpaksa aku tempuhi..
aku akan cuba terus bertahan selagi mana hati ini masih sanggup berkorban untuknya..aku harap kier akan sedar betapa aku terlalu mencintainya..aku yakin suatu hari nanti yang kier akan sedar betapa kuatnya cintaku padanya sehingga aku sanggup bersamanya walaupun hatiku terpaksa merintih..
bersabarlah wahai hati..
aku tak mampu untuk meninggalkan kier..mungkin aku adalah wanita yang paling bodoh kerana sanggup merana..aku rela merana kerana hanya dia dihatiku dan cinta pertamaku..aku akan setia menunggu saat dimana kier akan mengerti tentang pengorbanan cintaku..bila tiba saat itu,aku adalah wanita yang paling bahgia..
0 dax comel conteng2:
Catat Ulasan