Assalamualaikum n hai ..
tetiba jak jari-jemari yang tak runcing ni teringin nak menaip sesuatu .. lalu akal pun bekerja keras memberikan idea untuk dicurahkan dalam entri kali ni .. terima kasih wahai anugerah tuhan yang tidak ternilai harganya .. ^^ arigatou gozaimasu !
haa ..
amacam ngan tajuk entri ni ? POWER tak ? alahai , perasan btol la minah sorang ni
entah dari mana saya dapat idea pulak nak share ngan korang tentang tajuk entri ni .. apapun , fakta entri ni adalah berdasarkan pemerhatian dan pengetahuan yang saya ada .. so , jom baca entri ni ..
CINTA MONYET

berani meluahkan perasaannya dihadapan kamu secara bersahaja

terlalu mudah berkata " i love u " atau " aku sayang kamu "

pandangan matanya tajam bila melihat kamu

berani memegang tanganmu , memelukmu dan menyentuh dirimu

seringkali berjanji namun tidak pernah dikotakan

suka melihatmu memakai pakaian yang singkat dan ketat

suka bila ramai rakannya memuji dirimu " hot "

sering bertindak kasar bila kamu membuatkan dia marah

tidak peduli akan keadaanmu

mudah membohongimu

selalu meminta sesuatu daripadamu

selalu memujuk rayu dirimu

tidak kisah bila ada lelaki lain cuba mendekatimu
CINTA SEJATI

sukar untuk mengungkapkan cintanya dihadapanmu

jarang mengungkapkan " i love u " atau " aku sayang padamu " kerana dia ingin
kamu tahu betapa bermaknanya kata-kata itu

sentiasa cuba menjaga pandangan matanya bila melihat kamu

tidak akan memegang tanganmu , memelukmu dan menyentuh dirimu

jarang berjanji namun akan kotakan janji jika dia berjanji

pantang melihat kamu memakai pakaian yang singkat dan ketat kerana dia ingin
menjaga kehormatanmu

marah bila ramai kawannya memujimu " hot "

selalu berdiam diri bila kamu membuatkan dia marah

terlalu ambil berat tentang keadaanmu

tidak akan membohongimu kerana dia tahu kepercayaan itu amat penting dalam
perhubungan

selalu memberikan sesuatu padamu

tidak akan memujuk rayu dirimu ke arah yang tidak baik

cemburu sangat bila ada lelaki lain cuba mendekatimu dan dia akan mengawasimu
agar kamu tidak didekati oleh lelaki lain
itu jak yang dapat saya kongsikan dalam entri ni ..
k , that 's all from me 2 u .. ^^
p/s : entri ni khas untuk girls only ..
jangan lupa tinggalkan komen dax comel tau..(^_~)v
wah.......
BalasPadam:D